Pelancongan

Daerah Perak Tengah

Kompleks Sejarah Pasir Salak, Kg. Gajah.
Kompleks Sejarah Pasir Salak

Kompleks Sejarah Pasir Salak


•Terletak kira-kira 70 km dari Ipoh dan kira-kira 25 km dari Teluk Intan. Terdapat beberapa tempat yang sesuai dilawati, diantaranya ialah Tugu Lela Rentaka, Kubu Dato' Maharaja Lela, Masjid Pasir Salak, Rumah Kutai, Kubur SiPutum, Memorial Pahlawan, Kubur J.W.W. Birch, Terowong Masa dan yang berkaitan dengan sejarah Pasir Salak.

•Resort Percutian Pasir Salak mengandungi Bilik Penginapan Berhawa Dingin, Kolam Renang, Dewan Persidangan, Bilik Seminar dan Bengkel, Restoran Beraneka Makanan dan Riverside Gazebo.

•Waktu melawat kompleks ini adalah seperti berikut :-

Hari                                                                                                        Masa
Isnin-Khamis                                                            10.00pg-5.00ptg
Jumaat                                      10.00pg - tghari, 2.45ptg-5.00ptg
Sabtu, Ahad & Cuti Umum                               10.00pg - 6.00ptg


Makam Diraja Di Tebing Sungai Perak.

 Makam Diraja

•Menempatkan makam - makan raja terdahulu di sekitar tebing Sungai Perak.

Pusat Ternakan Tuntung, Bota Kanan.

Tuntung

•Pusat ini terletak di Kampung Bota Kanan dalam daerah Perak Tengah, 50km dari barat daya Ipoh.

•Ianya terletak berhampiran dengan tebing sebelah kanan Sungai Perak, meliputi kawasan berpasir dengan keluasan lebih satu hektar.

•Pusat ternakan tuntung ini diwujudkan bagi mengatasi masalah kepupusan binatang berkenaan di samping bertindak untuk memulihara ekosistem tuntung.

•Kompleks berkenaan dilengkapi pelbagai kemudahan dalam usaha memelihara spesies berkenaan seperti kolam pemeliharaan ibu tuntung, pusat penetasan serta bilik pameran.

•Pusat ini terdiri daripada sebuah bangunan pentadbiran yang mempunyai pejabat, bilik kuliah, makmal dan ruang legar untuk pameran.

•Terdapat juga 4 buah kolam ibu, sebuah kolam anak dan tapak penetasan di sekitar kawasan pusat ini untuk menempatkan tuntung dewasa bertelur, anak-anak tuntung yang baru menetas dan untuk proses pengeraman telur-telur tuntung.

•Selain berupaya menjadi aset pelancongan popular, kompleks berkenaan penting terutama bagi generasi muda mengenali dan menjalankan kajian mengenai tuntung.


Tuntung


Industri Pasu / Labu Tanah, Kg. Tg. Bidara & Kg. Gajah.

 Labu Tanah
  • Industri Labu Tanah, Kg. Tg. Bidara, Mukim Pulau Tiga,Kg. Gajah 
  • Kampung Tanjung Bidara, Kg. Gajah terkenal dengan perusahaan labu dan pasu yang diperbuat daripada tanah.
  • Labu dan pasu ini merupakan hasil seni kraftangan yang diperbuat dari tanah liat yang diuli, diterap dengan pelbagai corak, diasapkan serta dibakar untuk menghasilkan satu rupabentuk yang sungguh berseni dan unik.
  • Berikut merupakan pengusaha yang menjalankan perindustrian labu di perak tengah:-
    • ABDUL AZIZ B YAHYA, KG TANJUNG BIDARA,36800 KG GAJAH,Perak (05-6311654) 
    • KOPERASI INDUSTRI KG TG BIDARA, KAMPUNG TANJUNG BIDARA, PULAU 3,36800 KAMPUNG GAJAH,PERAK (05-6311078) 
    • HAJAH AINON BT HASSAN, KOPERASI INDUSTRI KAMPUNG, TANJUNG BIDARA, PULAU TIGA 36800 KG GAJAH,PERAK (05-6311514)

Pasar Malam

Pasar malam yang dibuka dari jam 5.00pm - 10.00pm menyediakan pelbagai hidangan makanan yang membuka selera pengunjung sebagai hidangan makan malam. Pasar malam dibuka pada hari berikut:
  • Isnin - 20 meter sahaja iaitu bersebelahan dengan HHZ.
  • Rabu - 2 km iaitu di Bandar Universiti.

Institusi Pengajian Tinggi

Universiti Teknologi Petronas,
Bandar Seri Iskandar,
31750 Tronoh, Perak Darul Ridzuan.
http://www.utp.edu.my/
05-368 8000

Universiti Teknologi Mara,
Kampus Seri Iskandar,
32610 Bandar Baru Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan.
http://www.perak.uitm.edu.my/
05-374 2000

Kolej Profesional Mara,
KPM Seri Iskandar,
Lot PT No.2635, Bandar Seri Iskandar,
32600 Bota, Perak Darul Ridzuan.
http://www.mara.gov.my/
05-371 1045

Institut Kemahiran Belia Negara,
IKBN Seri Iskandar,
32600 Bota, Perak Darul Ridzuan.
http://www.ikbnsi.edu.my/
05-3711300

Kolej Komuniti Pasir Salak,
Jalan Lebuh Paduka, Changkat Lada,
36800 Kampung Gajah, Perak Darul Ridzuan.
http://www.kkpsa.edu.my/
05-655 2300

Pusat Giat Mara,
Kg. Tok Paduka Raja,
36800 Kg. Gajah, Perak Darul Ridzuan.
http://www.giatmara.edu.my/
05-631 8000

Institut Bina Semangat,
Pengurus Institut Dato Sagor Kg. Gajah,
Jalan Tanjung Tualang,
36800 Kg. Gajah, Perak Darul Ridzuan.
05-631 1980

Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak,
Bandar Seberang Perak,
36800 Kampung Gajah, Perak Darul Ridzuan.
http://www.plfsp.com.my/
05-655 1809

Pusat Latihan UiTM Perak,
Sg. Galah, 36800 Kampung Gajah,
Perak Darul Ridzuan.
http://www.uitm.edu.my/
05-361 6200